Tuesday, March 18, 2008

Isu WPI: Nur Jazlan Disanggah Blogger JB

Di bawah ini saya siarkan berita Bernama pada 16 Mac 2008 yang disiarkan di muka surat 9 Utusan Malaysia pada 17 Mac 2008, dengan jodol WPI: Guna Singapura, seperti berikut:

Gunakan Rangkaian Hubungan Perdagangan Antarabangsa Di S'pura Pasarkan WPI

JOHOR BAHARU, 16 Mac (Bernama) -- Kerajaan Pusat serta Johor perlu mengadakan kerjasama pintar dengan Singapura dan menggunakan rangkaian hubungan perdagangan antarabangsa sedia ada di republik itu untuk memasarkan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) ke peringkat dunia.

Anggota Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata rangkaian hubungan perdagangan antarabangsa meluas di Singapura, yang merupakan pusat kepada syarikat-syarikat multinasional utama dunia, boleh digunakan untuk menepis laporan-laporan negatif tentang Malaysia oleh media asing.

"Kita kena menerima hakikat bahawa Singapura mempunyai nama yang lebih baik dan dikenali di kalangan masyarakat perdagangan antarabangsa berbanding Malaysia. Mereka (Singapura) mempunyai rangkaian hubungan perdagangan antarabangsa yang lebih meluas."

"Jadi apa salahnya jika kita, kerajaan Johor menggunakan rangkaian perdagangan antarabangsa yang ada di Singapura. Jikalau kerajaan Singapura boleh bekerjasama dengan kita, mereka boleh menceritakan perkara-perkara baik tentang WPI dan kita boleh bersama-sama membangunkan WPI," katanya kepada Bernama di dalam temubual eksklusif baru-baru ini.

Lagi:http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_business.php?id=320915

Blogger baru berpangkalan di Johor Baharu yang memakai nama PUREHADHARIST memberikan komen kepada berita di atas menerusi blog kuda-kepang seperti berikut:

Nur Jazlan perlu disiasat sama ada mempunyai kepentingan di Singapura atau tidak. Dalam keadaan kalau boleh kita tidak mahu bergantung langsung dengan Singapura dalam apa pun keadaan, Ahli Parlimen Pulai ini buat cadangan agar kita "menumpang" kemudahan yang ada di Singapura sebagai penghubung untuk perdagangan luar malah sebagai "tukang jawab" kepada Malaysia apa-apa dakyah yang tidak baik ke atas kita.

Orang-orang bermentaliti "peminta sedekah" kepada Singapura seperti ini wajar didedahkan kepada orang ramai dan rakyat Malaysia. Kita ni mengharapkan pemimpin, khususnya di kawasan-kawasan WPI, mengawasi sebarang bentuk penguasaan ekonomi, sosial hatta maklumat kepada kuasa luar, Jazlan pula nak suruh kita bekerjasama dengan Singapura. Harap highlightkan perkara ini supaya seorang lagi "jurucakap" Singapura diketahui umum. – Purehadharist

5 comments:

sniper said...

Johor bukan sepatutnya menggalakkan kerjasama, tapi sepatutnya menilai semula kerjasama mereka dengan Singapura. PAStikan setiap kerjasama memberikan pulangan yang menguntung anak Johor, bukan sekadar Jangka Pendek, bahkan Jangka Panjang. Putera dan Puteri UMNO perlu diberi assignment berat untuk membantu UMNO/Pemuda mengkaji semua perjanjian dengan Singapura. Bukan setakat ajar putera & puteri berkempen sambil merempit ..jangan jadikan mereka generasi layu, tetapi jadikan mereka generasi Melayu Perkasa dan Intelek..(MPI)

wajaputera said...

Seorang ahli parlimen yg buta sejarah dan tak tahu diuntung....tak tahu bersyukur dah diangkat jadi ahli parlimen...rupa2nya jadi juru cakap kota singa...warga malaysia yg takdak semangat petriotik...saya menyeru pengundi parlimen pengkhianat tersebut membuat usul tidak percaya terhadap beliau...Tun yg dah berkecimpung lama dlm politik cukup mengenali kota singa pon tak senang dgn sikap kota singa...tetiba org yg baru dan berhingus berkecimpung dlm politik dah memuji menggunung kat kota singa...tolong sedar diri la wahai ahli parlimen....

Harumkasturi said...

Lagak semacam si Jazlan ni...
belum jadi menteri dah nak melalut.
...kalau setakat untuk cari pelabur dalam WPI perlu mintak bantuan S'pore?? Alamat tergadailah Tanah Melayu Khususnya orang-orang kat Bhg.Pulai semua dah kene jual sape nak beli jumpa mamak karung guni....
Orang Melayu jagan jadi seperti itik di air mati kehausan...ayam dikepuk mati kelaparan...menang sorak kampung tergadai.
Orang Melayu sudah 50tahun merdeka sudah kuat untuk menjana ekonomi sendiri...tak perlu bantuan luar untuk cari pelabur..kita dah ada pakar ekonomi sendiri.Perkara ini perlu disiasat apakah muslihat kenyataan ini dikeluarkan..adakah hanya nak bodek Pak Lah atau KJ atau TEMASEK. Ingat!!
Orang Melayu belum puas kecapi
kemerdekaan tanahair ini!

jebat86 said...

yb si jazlan ni adalah yb yg paling kurang ajar di malaysia. adakah patut dia mengatakan penduduk melayu di kawasan dia iaitu parlimen pulai ini merempat, pendatang dan menumpang dengan kerajaan. yg peliknya dia tidak mengatakan pulak orang cina atau india di kawasan itu merempat di tanah kerajaan. alasannya dia mengatakan begitu adalah untuk mengambil tanah orang melayu di situ untuk diberikan kepada pihak pelabur. yg peliknya dia bersemangat betul untuk tanah di situ diambil dan penduduk tidak mendapat apa2, jauh sekali untuk dapat nikmat ekonomi. adakah dia mendapat komisen berkaitan pengambilan tanah, atau mempunyai kepentingan dalam pembangunan di situ ataupun kroninya. mahu pihak tertentu spt BPR, prowaris, persatuan anak melayu johor, majlis permuafakatan ngo[mapan], dan ngo lain bersuara berkaitan pembangunan di kawasan pulai iaitu di bahagian kampung pasir dan kempas yg kebanyakan adalah orang melayu di situ. adakah berlaku penindasan dan penyelewengan serta ada tak pembabitan yb si jazlan itu dalam pengambilan dan pembangunan di situ, ini kerana beliau juga dikatakan mempunyai pegangan saham dan menjadi pengarah bebas beberapa syarikat yg tersenarai di bursa saham. bagaimana beliau memperolehi saham dan bolehkah seorang yb menjadi pengarah syarikat yg perlu disiasat bpr. apakah nasib orang melayu dikawasan itu adakah hanya menjadi sejarah,dihalau dan menjadi kuli di tanah bumi sendiri akibat sikap yb yg tamak dan tidak prihatin dengan bangsa sendiri. adakah kawasan itu akan dimiliki hartanahnya oleh rakyat singapura dan akan digelar singapore town. adakah si jazlan ini menjadi yb untuk membela nasib rakyat atau untuk mengumpul kekayaan. ke mana hala tujunya sebagai yb dan adakah dia sudah lupa kiblatnya. adakah dia menjadi yb dipilih oleh kerajaan dan rakyat singapura, ataupun dia merasa selamat di kerusi yb untuk selama lamanya. untuk orang melayu di situ sedarlah hak anda akan diambil dan akan digadai. dari kemiskinan, masalah banjir, pemilikan tanah, peluang berniaga dan lain2 lagi tidak diambil peduli. lakukan sesuatu dan juga perubahan untuk anak bangsa kita, jangan sampai kita menjadi bangsa yg boleh ditipu dengan mudah. bagaimana nasib orang melayu si situ hanya anda boleh jawab dan tentukannya, perjuangkan hak kita dan nasib hidup kita supaya orang kita tidak terpinggir dan ditindas. hak anda spt tanah harus anda dapat kerana anda rakyat malaysia yg setia dan penduduk asal di situ bukannya diberi kepada pihak luar. perjuangan orang melayu harus sampai ke pada kemuncaknya umpama lilin yg membakar diri. takkan melayu hilang di dunia.negara kita hak kita.

jebat86 said...

hidup orang melayu