Ruhanie Tanding PRU 12
Atas Tiket Parti Keadilan?
Masyarakat dalam Parlimen Parit Sulong sedang digemparkan dengan ura-ura saya (Datuk Ruhanie Ahmad) akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-12 atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Berita ini menyebabkan seorang Pegawai Polis Cawangan Khas (SB) bahagian politik di Pejabat Polis Daerah Batu Pahat menghubungi saya untuk mendapatkan kepastian yang muktamad.
Ia juga menyebabkann wartawan bebas, Saudara Basrah Ali, menghubungi saya untuk mebdapatkan gambaran sebenarnya.
Jawapan saya kepada kedua-duanya mudah sahaja. Saya katakan kepada mereka: “Saya seorang ahli UMNO sejak 1973. Saya pernah menjadi Ahli Parlimen Parit Sulong atas tiket BN selama tiga penggal mulai 1990. Saya tidak pernah merancang untuk menyertai mana-mana parti pembangkang. Saya akan terus berada di dalam UMNO. Tetapi, saya akan berjuang bersendirian menerusi blogging untuk membantu pihak-pihak loyalis UMNO menegakkan kebenaran dan keadilan serta memulihkan imej, maruah dan martabat UMNO.”
Pendirian saya seperti di atas telah pun saya sampaikan menerusi SMS kepada Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong, YB Haji Ahmad Zahri Jamil, beberapa hari yang lalu.
Ahmad Zahri menjawab: “Biasalah. Menjelang pilihan raya macam-macam spekulasi timbul. Selamat berjuang.”
Semoga kenyataan hitam putih ini akan mematikan seluruh spekulasi, desas-desus dan cakap-cakap kedai kopi mengenai diri saya di Parit Sulong ketika ini. – Ruhanie Ahmad

3 comments:
Datuk,
Tahniah atas pendirian tegas Datuk. Selamat berjuang demi menegakkan kebenaran walaupun pahit. Sebagai seorang yang cukup berpengalaman, sumbangan Datuk dalam blog amat bermakna bagi saya.
Salam...
Tok, ini salah satu contoh klasik seorang "pelacur" politik yang ingin memburukkan nama baik Dato'..
Seorang pejuang itu, walaubagaimana dikecam sekalipun akan tetap teguh berdiri di atas landasan perjuangannya (UMNO) biarpun landasan tersebut kian goyah. Kerana kegoyahan itulah kita perlu mengukuhkannya kembali.
Saya harap Dato' tak akan mudah terusik dengan dakwaan2 sebegini. Saya pasti orang Batu Pahat tahu siapa Dato sebenar dan apakah perjuangan sebenar Dato'.
Bagi saya, politk sekarang tak lebih daripada politik hingusan yang penuh dengan picisan kurang matang. Ditambahkan lagi dengan retorik yang pelbagai. Maka damailah Malaysia dengan kepala pemimpin yang terus hidup di awangan dan terus mekar dengan retoriknya..
HESMEL FAZNEE FAISAL
A typical example of PKR's modus oprandi!!! Ada setengah ahli politik mungkin akan terjebak dengan tebaran jala aktivis PKR ini! Tetapi saya amat yakin dengan pendirian Datuk Ron!!! Teruskan perjuangan Datuk agar dapat meyedarkan pemimpin2 UMNO kini dan masa depan!
Post a Comment