Abdullah Dijangka Melantik
TPM Kedua Bukan Melayu?
Jawatan Timbalan Perdana Menteri Kedua (TPM2) dijangka diwujudkan jika Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-12 akan datang dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pula kembali dilantik sebagai Perdana Menteri.
Sumber-sumber berautoriti memberitahu blog ini bahawa jawatan berkenaan dijangka diberikan kepada MCA. Hasrat ini suah pun disampaikan oleh Abdullah kepada Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Teng, baru-baru ini.
Adalah dipercayai bahawa Abdullah membuat keputusan untuk mewujudkan TPM2 ini bagi memenangi hati dan sokongan masyarakat bukan Melayu, teruatama sekali kaum Cina, supaya menyokong BN dalam PRU Ke-12.
Ini kerana beberapa kajian yang telah dijalankan oleh beberapa pihak research professional menunjukkan bahawa sokongan masyarakat Cina kepada Abdullah dan BN ketika ini adalah terlalu tipis.
Pihak bukan Melayu memang telah lama memperjuangkan kewujudan jawatan TPM2. Perjuangan ini bukan sahaja dibuat oleh segolongan parti komponen BN, malahan juga oleh pihak DAP selaku pembangkang. Baru-baru ini tuntutan yang sama juga telah dibangkitkan oleh Hindraf.
Jawatan TPM2 tidak termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Ini bermakna ia mungkin terserah kepada budibicara Perdana Menteri untuk menentukannya.
Apa pun, bagaimanakah agaknya respons parti-parti komponen BN lainnya dan juga pembangkan Malay-based mengenai ura-ura cadangan ini? – Ruhanie Ahmad

6 comments:
Ini adalah keputusan menggadaikan maruah Melayu. Lebih baik Abdullah letak jawatan sekarang. Apa guna nak pertahankan kuasa dengan menggadaikan kedudukan Melayu?
salam,
bagilah..semua bagi esok yang tinggal bangunan pwtc saja masa tu mari kita orang melayu ramai-ramai cakap kita pantang di cabar!!!! mungkin mereka simpati kat kita kot?
Timbul Hindraf barulah tau rupanya melayu lebih merempat berbanding india. Apa nak buat? Bukan melayu yg memerintah ka?
anak kecil main api
terbakar hatinya yg sepi
air mata darah bercampur keringat
bumi dipijak milik org....
Pulau Pinang, Johor dulunya milik melayu, kini?
Datuk,
Ini berita yang sangat-sangat mengecewakan saya. Saya bingung dan keliru. Ke mana akhirnya bangsa Melayu di bawah pimpinan AAB ni?
Kalau kita bangkang, nanti tuduh kita salah. Kalau kita diam, kita pulak jadi dayus. Serba salah.
Jawab paling praktikal ialah AAB kena berhenti segera. Selamat negara.
Cadangan yang paling bagus.
Kalau bukan Melayu jadi PM, lagi bagus. Sebab Malaysia akan maju lebih pantas dan semua rakyat dapat nikmat darinya, termasuk orang Umno.
Ini bukan masalah menggadai maruah sahaja. Tetapi sekiranya dilaksanakan bakal membawa bencana kepada sesiapa sahaja yang jadi PM. Kalau ada 2 TPM yang bersatu untuk menjatuhkan PM yang seorang macammana?
Post a Comment