Sunday, August 31, 2008

MUZAKARAH UMNO-PAS DITERUSKAN

BANGI 30 Ogos - Muzakarah antara UMNO dan Pas tetap akan diteruskan walaupun Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dilantik menjadi ketua pembangkang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, muzakarah yang dijalankan sejak selepas pilihan raya umum tidak ada kena mengena dengan politik mana-mana parti.

``Apa yang dibincangkan dalam muzakarah ialah masalah berkaitan perundangan Islam, perpaduan ummah, hukum hakam dan lain-lain permasalahan agama.

``Tidak sentuh langsung mengenai politik atau pembentukan kerajaan. Itu (kerajaan campuran) agenda terakhir bukan agenda ke-126.’’ katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Perjumpaan dan Muzakarah bersama Alumni Pengajian Islam Universiti-Universiti (API) di Institut Latihan Islam Malaysia di sini hari ini.- Utusan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0830&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_17.htm

1 comment:

Salman Madani said...

Salam,

Nampaknya yang masih berminat dan beria-ia untuk mengadakan muzakarah antara UMNO dan PAS ini ialah orang UMNO atau tokoh UMNO.

Sekali pandang, muzakarah itu memang baik untuk kepentingan orang Melayu dan Islam.

Akan tetapi, PAS barangkali mengambil sikap berhati-hati, kerana perlu menjaga hubugan mereka dengan PKR dan DAP, termasuk pandangan dan reaksi orang bukan Melayu. Di samping itu, PAS juga ada pengalaman pahit dengan UMNO, apabila PAS disingkirkan daripada BN satu mass dahulu.

Oleh itu, kita tidak boleh mengharapkan sangat muzakarah itu akan berlangsung sebagaimana yang diharapkan oleh orang UMNO.