Tuesday, April 22, 2008

UMNO Parti Kampung
Guru Lawan Korporat

Lamandau

Memang betul apa yang diluahkan oleh Politica. Itu memang realitinya dengan UMNO semenjak tahun 80an!

Sebelum itu, kalau kita masih ingat, UMNO di monopolikan oleh golongan guru semenjak ia ditubuhkan lagi.

Ketika itu juga, gurulah yang merupakan reservoir (sumber) kepimpinan di segenap cerok kampung. Mereka merupakan tempat masyarakat bergantung untuk mendapat kepimpinan.

Ketika itu, kita lihat dalam setiap Perhimpunan Agung UMNO (PAU) majoriti perwakilannya adalah terdiri daripada guru!

Mereka dengan secara sukarela meberi khidmat kepimpinan untuk mencatur dan mewarnai corak politik ketika itu. Tiada perkiraan wang dan juga tiada pertandingan sengit kerna semua hanya ingin menyumbang bakti dengan ikhlas dan jujur!

Sebab itu kalau kita lihat, sesiapa yang menjadi Menteri Pelajaran, sudah pasti akan menjadi pemimpin ulung!

Keadaan ini saya rasa mulai bertukar apabila pintu keahlian UMNO dibuka seluas-luasnya kepada golongan korporat yang dibawa masuk oleh seorang hamba Allah (you know who) untuk membantunya mendapat tempat dalam politik UMNO.

Pengaruh guru telah semakin hari semakin luntur gara-gara kegelojohan golongan baru ini yang menggunakan wang secara membujur lulu melintang patah!!

Pengaruh guru juga terhakis apabila seseorang pemimpin telah mengeluarkan arahan ketat melarang guru-guru Kumpulan A berkecimpung dalam politik. Penglibatan guru-guru Kumpulan B dan bawah dibenarkan dengan permohonan bertulis.

Keadaan ini telah membuatkan kumpulan yang satu masa dulu terkenal sebagai pelopor parti UMNO, chissed-off (rasa terpinggir) dan tidak mahu melibatkan diri dengan politik UMNO. Keadaan ini telah menjadi advantage (kelebihan) kepada parti pembangkang.

Saingan yang diberikan oleh golongan korporat terhadap golongan guru begitu hebat yang juga telah melunturkan nilai-nilai “kampung” itu sendiri.

Golongan korporat ini kebanyakannya menggunakan proksi atau membela “hantu raya” untuk menjalankan usaha mencari pengaruh.

Mereka ini jarang tinggal di bahagiannya dan menggunakan kuasa wang untuk mengekalkan pengaruhnya. Ini realitinya sekarang.

Ini juga punca yang membawa kepada keruntuhan UMNO. Kalau keadaan ini berterusan, ahli-ahli UMNO masih dibuai dengan wang, dan kepimpinan seperti ini masih mencorak UMNO, saya kuat mempercayai bahawa UMNO akan lenyap di bumi bertuah ini menjelang 2020!

PRU12 membuktikan rakyat telah mual dengan keadaan ini. Orang-orang cina sudah mulai mencemuh UMNO dan pemimpin-pemimpinnya. Orang-orang India tidak lagi senada dengan UMNO.

Kesemua perasaan ini telah diterjemahkan dalam bentuk undi! Mungkin PRU13 akan melihat UMNO berada di kerusi pembangkang dalam parlimen! (Mudah-mudahan dijauhkan oleh Allah SWT jua!) - Lamandau: 7:29 AM

Monday, April 21, 2008

UMNO Mesti Kembali Jadi 'Parti Kampung'

KEPALA BATAS 20 April - UMNO mesti mengikis imej 'parti eksekutif' yang mula dikaitkan dengan parti itu, sebaliknya kembali menjadi 'parti kampung' dalam memperjuangkan isu-isu masyarakat bagi meraih semula sokongan setiap lapisan rakyat.

Selain itu, pemimpin UMNO perlu menghayati semula semangat keperwiraan iaitu dengan lantang dan bersungguh-sungguh dalam mendekati serta menyelesaikan setiap masalah rakyat agar mereka menjadi pemimpin yang lebih dihormati.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Hashim Suboh berkata, sudah ada kecenderungan dalam kalangan rakyat yang mengaitkan UMNO dengan tempat meraih kuasa dan kekayaan, sehingga parti itu semakin jauh daripada masyarakat.

"Ini realiti yang perlu kita akui, sudah ada persepsi-persepsi begini yang mengaitkan UMNO dengan kemegahan, keangkuhan dan kekayaan. Ini bukan imej UMNO yang sebenar. Dalam keadaan kita gah tampil dengan gaya mewah, masalah dan rintihan orang di bawah pula tidak selesai-selesai. Semua ini rakyat lihat dan menilai, inilah yang akan buat orang berjauh hati dengan UMNO," katanya.

Lagi: