Monday, January 12, 2009

EKONOMI SURAM: JANGAN PANIK?

Ketua Jabatan Ekonomi London School of Economics and Political Science, Profesor Danny Quah, meminta pemimpin dan rakyat Malaysia “jangan panik” kerana “dunia belum kiamat” dan “Asia dijangka tidak mengalami kemelesetan drastik walaupun terdapat jangkaan akan menerima tempias krisis kewangan di Amerika Syarikat.”

Ekonomi Malaysia Mampu Pulih Dalam Tempoh Enam Bulan

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia mampu pulih daripada kelembapan semasa dalam tempoh antara tiga dan enam bulan, menerusi sokongan kerajaan serta dasar yang kukuh.

Ketua Jabatan Ekonomi London School of Economics and Political Science, Profesor Danny Quah berkata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai keupayaan untuk membawa Malaysia ke tahap pembangunan ekonomi selanjutnya.

"Kerajaan tidak wajar terlalu memberi penekanan terhadap defisit bajet, sebaliknya memberi tumpuan terhadap malaksanakan dasar-dasar yang mampu meningkatkan daya saingan negara bagi menampung pertumbuhan dan pergerakan ekonomi," kata Quah pada ceramah Persatuan Alumni London School of Economics and Political Science (LSE) Malaysia.

Meskipun unjuran ekonomi global yang suram, Quah memberi mesej jaminan yang kukuh.

"Jangan panik. Dunia belum kiamat. Asia dijangka tidak mengalami kemelesetan drastik walaupun terdapat jangkaan akan menerima tempias krisis kewangan di Amerika Syarikat," kata Quah. – BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsbusiness.php?id=382775

Apa yang diramalkan oleh Quah mungkin benar. Tetapi, kerajaan Malaysia wajar meramalkan keadaan yang eksrim, yang terburuk. Indikator kesuraman ekonomi dunia berada di depan mata kita. Jadi, jangan terlalu bergantung kepada ramalan seperti ini. – Ruhanie Ahmad

3 comments:

  1. Puteramaya
    Salaam Siber!

    Kampung Terakhir Di Temasek
    (jangan panik pencuri datang pergi)

    Dunia belum kiamat...
    tetapi kiamat kecil selalu berlaku
    setiap waktu solat subuh ke isya
    langit belum pasti hancur runtuh
    itu pesanan si-lebai malang
    dan nasihat tok-tok guru

    Dunia belum kiamat...
    kita setuju kenyataan pak menteri
    profesur tau-tau tionghua jatidiri maupun prof melayu tau-tau mandari
    tiada disangkal walau sebutir
    dan bukan rasis diri keras kepala
    di bawah langit bumi melayu

    Dunia belum kiamat...
    dan pasti disoal berkali-kali
    teori megah pendakwah edik
    atau kemerapuan talibarut cerdik
    bilamana Barack Hussein egah
    menjanjikan kerja bagi empat juta
    dizaman orang sudah separuh buta
    kepada kekejaman dunia barat angkuh
    sihir kemajuan kapitalis pemakan riba

    Dunia belum kiamat...
    janjinya cendiakawan ekonomis
    uang boleh dicetak bak cendawan
    tumbuh bebiliun di tanah Zimbabwae
    dan angka-angka dipermain-mainkan
    saperti angkara Satyam hey!
    dan biar deficit belanjawan
    hingga kepala negara mencecah awan mengelamun prof bukan mustahil

    Ya, dunia belum kiamat...
    tetapi lantai bumbung bergegar
    kelam kabut di Gaza disambar ribut
    petir peluru bagai nak rak durjana riuh meriam memuntahkan api
    enap tiong murai tercabut ekor
    mengenap-enap yang ganjil dan genap
    nyawa-nyawa suci dibawa pergi

    Dunia belum kiamat...
    hanya tamaddun hidup yang lebur

    ReplyDelete
  2. Prince!


    Ref No: 01/09/02

    Embargo: Not for publication or broadcast before 1700 hours on Wednesday, 7 January 2009

    International Reserves of BNM as at 31 December 2008

    The international reserves of Bank Negara Malaysia amounted to RM316.8 billion (equivalent to USD91.4 billion) as at 31 December 2008. The reserves level as at 31 December 2008 has taken into account the quarterly adjustment of the foreign exchange revaluation loss, following the strengthening of the ringgit against some of the major currencies during the quarter. The reserves position is sufficient to finance 7.4 months of retained imports and is 3.3 times the short-term external debt.

    For the year 2008 as a whole, the international reserves moderated by RM18.9 billion. During the first six months of the year, the reserves increased by RM75.2 billion to RM410.9 billion as at end-June, due mainly to higher repatriation of export earnings, large inflows of short-term portfolio capital as well as foreign direct investment. Subsequently, the reserves declined by RM94 billion in the second half of the year, due mainly to the reversal of the short-term portfolio capital flows as a result of the de-leveraging process by foreign investors following the global financial crisis. Nevertheless, the short-term capital outflows, which peaked in October, have shown signs of subsiding.

    During the year, the cumulative foreign exchange revaluation loss amounted to RM5.8 billion, reflecting the strengthening of the ringgit against major currencies, particularly in the first and fourth quarters of 2008.

    Malaysia's international reserves, which are usable and unencumbered, are expected to remain at a comfortably high level in 2009. The level of reserves would be supported by the continued trade surplus given Malaysia's diversified export markets and products as well as inflow of foreign direct investment.

    See also: BNM Statement of Assets & Liabilities as at 31 December 2008

    Bank Negara Malaysia
    7 January 2009

    ReplyDelete
  3. Bung Mika

    Jutaan terima kasih. Memang dunia belum kiamat kerana kiamat adalah ketentuan Allah SWT. Tapi, elok juga kita bersiapsiaga terhadap segala kemungkinan yang akan wujud daripada krisis ekonomi global mutakhir ini.

    Salam takzim - Ruhanie Ahmad

    ReplyDelete