Tuesday, February 26, 2008

PRU12: Warga BN Kedah Dilanda Bimbang?

Saya menerima banyak info panas mengenai PRU12 dari seluruh negara. Ia dikirimkan menerusi komen dalam blog kudakepang, menerusi SMS, panggilan telefon dan menerusi faks.

Contohnya, seorang eksekutif muda di Kuala Lumpur, tetapi pulang ke kampung halamannya Kedah untuk mengikuti PRU12, telah mengirimkan info bahawa sehari sebelum Hari Penamaan Calon, DUN Mentalon telah “dibom” dengan CD mengenai skandal salah seorang calon yang bertanding di DUN tersebut.

Kata pengirim SMS itu, CD berkenaan mengisahkan skandal seorang pemimpin Kedah dengan salah seorang wanita warga UMNO sewaktu dalam rangka lawatan rasmi di Peranchis.

Satu faks yang dikirimkan kepada saya, juga dari Kedah, pula mendakwa kononnya “barisan calon BN” Kedah kali ini “akan menggadaikan Kedah kepada pembangkang.”

Penggadaian ini kononnya berlaku bila “sekurang-kurangnya enam kerusi Parlimen dan sejumlah besar kerusi DUN” akan jatuh ke tangan pembangkang akibat “pemilihan calon yang tidak menepati kehendak pengundi tempatan atau calon payung terjun yang tidak berpenglaman.”

Selanjutnya, ada pihak menuduh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi “melakukan kesilapan besar dalam memilih calon” di Kedah “atau beliau dipengaruhi oleh tangan-tangan besi yang berkuasa di sekeiling beliau.”

Malam ini, saya pula menerima satu panggilan telefon yang menyatakan bahawa kedudukan BN di Kedah amat membimbangkan. Di sesetengah kawasan Parlimen, katanya, bilik gerakan BN seolah-olah lumpuh. – Ruhanie Ahmad

Sunday, February 17, 2008

Langkah Bersihkan Pengaruh Tun Dr Mahathir

PILIHAN raya umum yang bakal dijalankan akan memberi peluang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, untuk 'membersihkan' parti Umno daripada pengaruh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad. Ini mungkin antara sebab mengapa Datuk Seri Abdullah memutuskan untuk mengadakan pilihan raya umum bulan depan walaupun tempoh penggal pertamanya hanya akan tamat pada 2009.

Menerangkan lebih lanjut, Fellow Pelawat Penyelidikan Kanan di Institut Penyelidikan Asia, Universiti Nasional Singapura (NUS), Dr Maznah Mohamad berkata:

“Umno sekarang sudah berpecah kepada dua puak - puak Mahathir dan puak Abdullah Badawi.

"Jadi teorinya ialah beliau ingin singkirkan dua puak - puak pro-Mahathir dan pro- Najib (Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak", kata Dr Maznah).

“Ada orang kata alasan utama beliau ingin adakan pilihan raya awal ialah untuk membersihkan Umno supaya beliau boleh lucutkan orang-orang Mahathir atau orang-orang yang antibeliau.

“Jadi teorinya ialah beliau ingin singkirkan dua puak - puak pro-Mahathir dan pro- Najib (Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak).

“Selepas beliau (Datuk Seri Abdullah) singkirkan golongan ini melalui pilihan raya, kedudukan beliau akan terjamin.

“Pilihan raya kali ini bukan hanya mengenai pembangkang, ia juga mengenai Umno. Konflik yang paling penting sebenarnya berlaku dalam Umno,” kata Dr Maznah, yang sebelum ini menjadi pensyarah di Universiti Sains Malaysia.

Menurut Dr Maznah, jika Umno tidak mendapat majoriti undi Melayu, Dr Mahathir bakal mencapai matlamatnya agar Umno menyingkirkan Datuk Seri Abdullah.

Rencana ini dipetik dari wawancara akhbar Berita Harian Singapura- Pengarang KLPos

Lagi:http://klpos.com/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=259&Itemid=75

Saturday, February 16, 2008


Jangan Lupa Kuasa Politik Melayu

Analisis prapilihan raya pada tahun ini amat menarik sekali. Apakah akan ada vote swing di saat-saat akhir? Apakah akan ada undi protes akibat tidak puas hati dengan calon parti?

Apakah akan ada sentimen perkauman melampau yang boleh menyebabkan sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) yang sering bergantung kepada undi kaum lain akan hilang langsung wakil di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri?

Hakikatnya sudah ada sindrom yang terlupa bahawa kuasa politik negara masih dan tetap kekal di tangan orang Melayu.

Cuma bezanya kali ini ialah sudah ada ‘suara-suara’ halus yang cuba memperlekeh dan melupakan kuasa undi orang Melayu.

Baik pembangkang mahupun parti kerajaan, mereka tahu undi orang Melayu amat penting dalam penerusan karier dan matlamat politik mereka.

Undi orang Melayu tidak boleh dipinggirkan begitu sahaja. Lim Kit Siang tetap mahukan undi orang Melayu bagi menjamin kemenangan kukuh sejajar dengan jawatan Pengerusi DAP yang disandangnya. [Pendapat Shaiful Bahri Saidin, Sekinchan, Selangor]

Lagi:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm

Friday, February 15, 2008

Untuk Tempahan Buku

The Toyol Code
ISBN No: 978-983-43835-0-3
RM16.00 (Semenanjung)
RM18.00 (Sabah & Sarawak)
Tambahan RM3.00 untuk tempahan secara pos

Gelombang Kuning Gelombang Rakyat
ISBN No: 978-983-43835-2-7
RM17.00 (Semenanjung)
RM19.00 (Sabah & Sarawak)
Tambahan RM3.00 untuk tempahan secara pos

Hindraf Satu Konspirasi?
ISBN No: 978-983-43835-1-0
RM18.00 (Semenanjung)
RM20.00 (Sabah & Sarawak)
Tambahan RM3.00 untuk tempahan secara pos

Kunjungilah

Warung Buku
destinasi serenti untuk karya ruhanie ahmad

http://warung-buku.blogspot.com/

Thursday, February 14, 2008

Wednesday, February 13, 2008


“Jangan Tolak Realiti Politik Melayu”

A Kadir Jasin

Utusan Malaysia dimiliki oleh Umno dan sudah pastilah ia lebih memihak kepada parti pemerintah itu. Tetapi sekali sekala, ia kritikal terhadap Umno, pemimpin-pemimpin serta dasar-dasarnya.

Dan sekali sekala juga ketua pengarang dan pengarangnya “membayar harga yang tinggi” kerana kritikan mereka itu, termasuk dilucutkan jawatan.

Pada 9 Februari lalu, ketika cakap-cakap mengenai pilihan raya umum semakin rancak dan lantang, Utusan memberi “kata dua” kepada Barisan Nasional agar “tidak meletakkan UMNO dalam keadaan sukar (bagi) menghadapi pilihan raya.”

Ruangan pojok Bisik-Bisik Awang Selamat mengulas:

“Apabila bercakap tentang peluang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum, gabungan parti itu diramalkan menang besar walaupun mungkin tidak mencatatkan prestasi sebaik pilihan raya 2004.

“Dalam hubungan ini, BN bimbang merosotnya undi bukan Melayu berikutan isu-isu tertentu termasuk Hindraf.

“Maka para pemimpin BN kelihatan memberi lebih perhatian bagi menangani isu berkenaan. Tetapi bagaimana pula pengundi Melayu, yang merupakan penduduk terbesar negara ini?

“Walaupun nampak seakan tenang, Awang berpendapat pengundi Melayu tidak boleh diambil mudah.

“Ini berdasarkan respons akar umbi yang memperlihatkan keresahan terhadap gelombang permintaan dan tuntutan parti komponen bukan Melayu khususnya MIC.

“Sejak peristiwa rusuhan Hindraf, ada sahaja tuntutan demi tuntutan untuk kaum minoriti, yang kesannya menggores hati orang Melayu.

“Awang harap para pemimpin komponen BN lebih sensitif dan tidak meletakkan UMNO dalam keadaan sukar menghadapi pilihan raya.

“Dalam BN berusaha mendapatkan sokongan bukan Melayu, janganlah menolak realiti kuasa politik Melayu.

“Awang – Suara akar umbi.”

Tidak kira sama ada Awang Selamat menyatakan pendapat itu sebagai luahan rasa hatinya sendiri atau atas desakan pihak-pihak tertentu, bukanlah sesuatu yang penting.

Yang penting adalah ia menyatakan sesuatu yang jarang diperkatakan secara terbuka oleh kepemimpinan Melayu, hatta pembesar-pembesar Umno sendiri.

Untuk posting sepenuhnya akses: http://kadirjasin.blogspot.com

Tuesday, February 12, 2008

Abdullah Nilai Kredibiliti Calon BN
Siapa Menilai Kredibiliti Abdullah?

Dalam keghairahan suasana menjelang PRU12, pelbagai kenyataan dan tindakan dilakukan untuk membuktikan kredibiliti bakal-bakal calon. Ada pihak merujukkan senarai mereka yang berpotensi dicalonkan kepada BPR. Ada yang mengatakan “report card” wakil-wakil rakyat akan dikaji.

Surfer Kamal-Kamal mengirimkan pertanyaan berikut menerusi komennya di blog kudakepang hari ini:

Kalau semua wakil rakyat akan dinilai dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi boleh membuat keputusan muktamad, bagaimana pula dengan prestasi beliau? Siapakah yang akan menilai beliau? Hanya pengundi di Kepala Batas dan rakyat Malaysia saja yang berhak menentukannya!

Pertanyaan Kamal-Kamal ini sungguh strategik dan membuatkan kita semua tertanya-tanya: siapakah yang akan menilai kredibiliti Abdullah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS), Lim Kit Siang (DAP) dan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail (PKR)? – Ruhanie Ahmad

Monday, February 11, 2008

Kes Penggadaian Tanah Premier UM:
Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi?

Pada pertengahan Jun 2007, komuniti prihatin Malaysia digemparkan dengan kisah sebuah pemaju hartanah berura-ura membangunkan Kampus Induk Universiti Malaya(UM) di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, menjadi kawasan kediaman mewah yang memakan kos RM10 billion. Sebagai gantinya, universiti itu akan dipindahkan ke Sepang.

Pada 16 Jun 2007, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dipetik oleh Bernama sebagai mengarahkan kampus Induk Universiti Malaya (UM) itu dikekalkan di lokasinya ketika ini.

Pada hari yang sama, Utusan Malaysia pula menyiarkan reaksi bekas Naib Canselor UM, Profesor Diraja Ungku Aziz, yang menyifatkan cadangan itu sebagai suatu yang “gila dan kurang ajar.”

Kini, hanya kira-kira tujuh bulan sesudah kegemparan di atas, timbul pula kisah laporan blog bigdogdotcom.wordpress.com pada 10 Februari 2008, dengan jodol Kroni PM “Flip-Flop” Gadai 27 Ekar Tanah UM.

Menurut blog tersebut, kroni Abdullah bernama Datuk Panglima Annuar Zaini “telah ‘mengadai’ sebidang 27 ekar tanah bernilai tinggi dalam kawasan kampus UM kepada sebuah pemaju hartanah untuk dijadikan kondominium mewah. Sebagai timbal-balas (trade off), Alumni Universiti Malaya akan mendapat balik lima ekar dari tanah itu dan sebuah bangunan rumah kelab bernilai RM 3 juta.”

Blog itu melaporkan: “Annuar adalah Ahli Lembaga Pengelola Majlis Universiti Malaya. Dia juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Korporat universiti berkenaan. Malaya) membuat keputusan untuk menerima cadangan syarikat pemaju hartanah itu. Sumber maklumat ini datang dari kakitangan UM sendiri.

“Pada kasarnya, sekiranya tanah premium itu dinilai sebagai RM 100.00 satu kaki persegi (kerana lokasinya berada di utara kampus, bersempadan dengan kawasan mewah Bukit Damansara dan amat hampir dengan kawasan Bukit Bandaraya/Bukit Pantai, yang harga tanah rata rata melebihi RM 200.00 satu kaki persegi), bermakna Universiti Malaya telah ‘melepaskan’ tanah bernilai sekurang kurangnya RM 95.6 juta untuk menerima ‘habuan’ sebuah rumah kelab bernilai RM 3 juta sahaja. Sekiranya nilai tanah itu bernilai RM 150.00 satu kaki persegi, maka ianya dengan mudah bernilai RM 143.7 juta.”
http://bigdogdotcom.wordpress.com/2008/02/10/kroni-pm-flip-flop-gadai-27-ekar-tanah-um/

Oleh itu, apa kata komuniti prihatin Malaysia mengenai perkembangan terbaru membabitkan UM kali ini? Mungkinkah Profesor Diraja Ungku Aziz akan menyifatkan cadangan ini sebagai suatu yang “gila dan kurang ajar.” Mungkinkah Alumni UM akan membantah? Mungkinkah BPR akan segera menyiasat? Mungkinkah Kementerian Pendidikan Tinggi akan membuat siasatan terperinci? Mungkinkah Abdullah akan mengeluarkan arahan supaya penggadaian ini dibatalkan segera? Mungkinkah Abdullah akan membiarkan sahaja perkembangan ini berlaku kerana ia membabitkan kroninnya sendiri? Atau, mungkinkah Abdullah akan merestui kata-kata hikmat: harapkan pagar, pagar makan padi! – Ruhanie Ahmad
Kroni PM "Flip-Flop" Gadai 27 Ekar Tanah UM?

[
bigdogdotcom.wordpress.com]

Kroni PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Dato’ Annuar Zaini, telah ‘mengadai’ sebidang 27 ekar tanah premier (bernilai tinggi) dalam kawasan kampus Universiti Malaya (UM), kepada sebuah pemaju hartanah untuk dijadikan kondominium mewah. Sebagai timbal-balas (trade off), Alumni Universiti Malaya akan mendapat balik lima ekar dari tanah itu dan sebuah bangunan rumah kelab bernilai RM 3 juta.

Annuar, yang juga Ahli Lembaga Pengelola Majlis Universiti Malaya (merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Korporat Universiti Malaya) membuat keputusan untuk menerima cadangan syarikat pemaju hartanah itu. Sumber maklumat ini datang dari kakitangan UM sendiri.

Pada kasarnya, sekiranya tanah premium itu dinilai sebagai RM 100.00/ kaki persegi (kerana lokasinya berada di utara kampus, bersempadan dengan kawasan mewah Bukit Damansara dan amat hampir dengan kawasan Bukit Bandaraya/Bukit Pantai, yang harga tanah rata rata melebihi RM 200.00 / kaki persegi), bermakna Universiti Malaya telah ‘melepaskan’ tanah bernilai sekurang kurangnya RM 95.6 juta untuk menerima ‘habuan’ sebuah rumah kelab bernilai RM 3 juta sahaja. Sekiranya nilai tanah itu bernilai RM 150.00 / kaki persegi, maka ianya dengan mudah bernilai RM 143.7 juta.


Annuar juga merupakan Pengerusi Bernama dan penulis ucapan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah. Sebagai usaha membetulkan imej yang ‘dicalari’, beliau telah menemu-ramah PM ‘Flip-Flop’ Abdullah pada sebuah rancangan khas TV 3 yang disiarkan 7 Ogos 2006, sebagai respons awal kepada kritikan kiritikan terbuka mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai beberapa isu. Antara yang menjadi ‘mercu tanda’ temu ramah ini ialah apabila PM ‘Flip-Flop’ mengatakan Kerajaan tidak terlibat memberi kontrak kepada Scomi (yang dikuasai Dato’ Kamaluddin Abdullah) dan menantu beliau (Khairy Jamaluddin) tidak terlibat langsung dalam apa apa proses keputusan Kerajaan.

Annuar juga ialah seorang ahli lembaga pengarah Malaysia Airlines. Beliau, PM ‘Flip-Flop’ Abdullah dan mantan Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam, yang baru baru ini ‘menjawab’ bagi pihak PM ‘Flip-Flop’ Abdullah segala kritikan terbaru mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dalam satu forum anjuran Alumni UM, adalah antara alumnus UM ini.

Untuk membaca posting sepenuhnya sila akses:

Sunday, February 10, 2008

Pakar Perlembangaan Beri Penjelasan Mengenai Bubar Parlimen

Tarmizi Mohd Jam

Kunci atau kata putus dalam pembubaran parlimen – atau lebih tepat lagi Dewan Rakyat – terletak di tangan Yang di Pertuan Agong. Ini jelas disebut oleh Perkara 40(2)(b) Perlembagaan Persekutuan dan dijelaskan oleh Suruhanjaya Reid dalam laporan mereka pada 1957,” demikian ditegaskan oleh Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika dihubungi hari ini

Beliau yang mengajar Undang-Undang Perlembagaan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak memberi reaksi terhadap tulisan seorang penganalisa politik, Kim Quek dalam satu artikelnya yang tersiar di Malaysiakini.Com minggu lalu.

Dalam artikel tersebut, Kim Quek menanyakan soalan sama ada Yang di Pertuan Agong boleh menolak atau tidak permintaan membubarkan dewan oleh Perdana Menteri.

“Soalan itu sebenarnya tidak berbangkit langsung kerana perlembagaan sendiri dengan jelas mengatakan ia budi bicara Yang di Pertuan Agong”, tegas Dr. Abdul Aziz.

Untuk posting sepenuhnya sila akses:

Thursday, February 7, 2008

Realiti Kerajaan Sementara
Sesudah Parlimen Dibubar

Kesedaran undang-undang di kalangan rakyat Malaysia kian meningkat dan semakin canggih. Lantaran itulah ura-ura PRU12 dalam tempoh terdekat mencetuskan pelbagai persoalan membabitkan peruntukan perlembagaan dan kuasa-kuasa Yang di-Pertuan Agong.

Persoalan yang paling dimusykili ramai adalah mengenai kuasa-kuasa Agong berkaitan pembubaran parlimen dan pembentukan kerajaan sementara dalam tempoh sesuatu PRU dijalankan.

Contohnya, Kim Quek, menerusi artikelnya dalam Malaysia Today, 28 Januari 2008, bertanyakan soalan Can the Agong withhold consent to the dissolution of Parliament?. Atau, bolehkah Agong tidak memberikan perkenannya kepada pembubaran Parlimen?

Kim Quek menghuraikan soal ini menerusi penghujjahannya terhadap Perkara 40 Perlembagaan Malaysia. Katanya, selama ini memang wujud popular belief atau keyakinan ramai bahawa Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan tarikh pembubaran parlimen. Tetapi, katanya lagi, persoalan ini tidak mempunyai constitutional basis atau tidak mempunyai asas-asasnya dalam Perlembagaan Malaysia.

Penghujjahan Kim Quek selanjutnya boleh diakses menerusi http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/1929/46/.

Bekas pensyarah saya, Shad Saleem Faruqi, pula menulis dalam akhbar the Star bahawa “convention rules during dissolution”.

Antaranya, Shad Faruqi, pensyarah di UiTM, menulis bahawa sebaik sahaja Parlimen dibubarkan, kita akan berhadpan dengan satu isu Perlembagaan yang menarik. Isunya adalah: what is the legal basis for a government that dissolves parliament to remain in power during the run-up to the election?, atau apakah asas undang-undang yang membolehkan kerajaan yang membubarkan parlimen untuk terus berkuasa sewaktu proses pilihan raya dijalankan?

Seterusnya, beliau menghuraikan bahawa Perlembagaan Malaysia tidak memaktubkan panduan yang jelas mengenai sama ada sebaik sahaja Parlimen dibuarkan, Agong diperlukan melantik Perdana Menteri sementara dan anggota kabinetnya dengan secara rasmi.

Untuk membaca penghujjahan Shad Faruqi selanjutnya sila akses: http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/2409/1/

Wartawan Utusan Malaysia, Zulkifli Jalil, pula menulis pada 7 Februari 2008, mengenai kuasa kerajaan sementara. Katanya, pada tahun 1970-an, sifat dan elemen kerajaan sementara telah dipersoalkan oleh satu pihak di mahkamah.

Ketika itu, tindakan Tengku Razaleigh Hamzah selaku seorang menteri, dipersoalkan kerana mengumumkan satu bantuan untuk rakyat semasa Parlimen telah dibubarkan untuk menghadapi PRU. Mahkamah memutuskan, kerajaan sementara berhak memberikan bantuan kepada rakyat semasa tempoh Parlimen bubar asalkan ia tidak melibatkan kepentingan peribadi calon pilihan raya.

“Dengan ini juga bermakna semua menteri dan timbalan menteri semasa tempoh kerajaan sementara masih boleh menggunakan peruntukan untuk rakyat.”

Zulkifli memetik pendapat Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang disifatkan sebagai pakar Perlembagaan Persekutuan. Menurut Rais, kerajaan sementara tetap berfungsi dan mentadbir negara mengikut lunas-lunas Perlembagaan. Namun begitu, ini bukan bermakna kerajaan sebelumnya tidak berkuasa. Cuma, yang lupus hanyalah amalan di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Rais juga dipetik sebagai berkata bahawa satu lagi aspek kerajaan sementara ialah ia membawa pengertian mengambil alih kerja-kerja pentadbiran. Ia selaras dengan amalan berkerajaan dunia dan Komanwel semasa Parlimen dibubarkan sehingga Dewan Parlimen baru diwujudkan semula, maka kerajaan sementara itu hendaklah secara berhati-hati menjalankan tugasnya.

Rais bagaimanapun mengakui, Perlembagaan Malaysia tidak memperuntukkan kewujudan sifat kerajaan sementara. Ini kerana ia merupakan satu Konvensyen Berparlimen yang telah menjadi amalan dan adat negara-negara di dunia.

Untuk membaca artikel Zulkifli sepenuhnya sila akses: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0207&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

Demikianlah aspek-aspek Perlembagaan Malaysia mengenai kuasa-kuasa Agong dalam konteks pembubaran parlimen dan kerajaan sementara. Ini bermakna, kewujudan kerajaan sementara, termasuk soal siapakah yang wajar atau layak menjadi Perdana Menteri dan jemaah menterinya dalam tempoh PRU dijalankan, sebenarnya ditentukan oleh kuasa mutlak Agong.

Rakyat jelata wajar menginsafi serta memahami hakikat ini kerana demikianlah realitinya yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia! – Ruhanie Ahmad

Wednesday, February 6, 2008

GERAK Kumpul Bukti Rasuah Seorang Menteri Besar?

PUTRAJAYA: Walaupun kehadiran Pengerusi Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK), Ezam Mohd Nor ke ibu pejabat BPR Putrajaya pagi tadi sebagai menemani bekas pegawai bank, Norhayati Abdullah untuk menyerahkan dokumen dokumen rasuah dan penyelewengan pegawai tinggi sebuah bank, namun para wartawan media elektronik dan cetak tidak melepaskan peluang menemuramah ezam berkaitan isu isu rasuah dan politik.

Apabila diajukan soalan samada beliau ada menerima dokumen dokumen rasuah ahli ahli politik dan menteri memandangkan bahang pilihanraya ke 12 semakin dirasai, Ezam tidak menafikan.

Malah Ezam memberitahu bahawa pihaknya sedang mengumpulkan bukti serta dokumen untuk membongkar rasuah seorang Menteri Besar.

Dtanya samada Menteri Besar tersebut sedang berkhidmat di utara atau selatan tanahair, jawab Ezam Menteri Besar tersebut bukan dari utara ataupun selatan. Seterusnya ditanya berapakah usia menteri besar bekenaan, Ezam menjawab bahawa Menteri Besar masih muda dan belum menjangkau usia 50an. Siapakah MB tersebut...??

Untuk membaca posting sepenuhnya, sila akses: http://www.klpos.com/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=125&Itemid=70

Tuesday, February 5, 2008

Undi BN, Singapura Yang Memerintah?

Abdul Halim Mohd Rashid

Sejak pentadbiran negara ini dikuasai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi, seorang blogger Umno yang memperkenalkan dirinya sebagai The "thirteen million plus Ringgit" guy (bigdogdotcom.wordpress) melihat negara ini "bermain dan menari kepada rentak dan irama Singapura dalam serba serbi".

Ia bermula dengan isu Bank Negara meluluskan Temasek Holdings membeli saham penguasaan dalam Malaysian Plantations Bhd dan sekaligus menguasai Alliance Bank Bhd, kata beliau.

Keadaan itu berlaku ketika Singapura sendiri amat liat untuk melepaskan asset negara itu, termasuk syarikat-syarikat dalam negara itu, dari dibeli oleh kepentingan Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah merayu agar kerajaan Singapura bersikap lebih terbuka bagi membolehkan lebih banyak syarikat Malaysia memiliki aset di republik itu.

Najib berkata, aliran pelaburan dua hala yang saksama dan seimbang adalah untuk kepentingan bersama serta menguntungkan kedua-dua negara.

Merujuk pelaburan syarikat milik Singapura, Temasek di negara ini beberapa tahun kebelakangan ini, kata Najib, aliran kemasukan pelaburan dari Singapura ternyata besar.

''Diperhatikan bahawa jumlah dan saiz pemerolehan kepentingan rakyat Singapura, terutama entiti dikawal kerajaan, jauh lebih besar berbanding pemilikan syarikat-syarikat Singapura oleh rakyat Malaysia," kata Timbalan Perdana Menteri.

Lebih mendukacitakan, Khazanah Holdings seolah-olah menjadi extension atau tangan kepada Temasek Holdings.

"Dalam pada itu, anak syarikat pelaburan negara, Khazanah Holdings Bhd persis dan menjadi pseudo Temasek Holdings Ltd, syarikat pelaburan Singapura. Terma baru seperti Government Linked Companies (GLC) mula digunakan dalam 'cakap cakap pasaran'. Temasek Holdings juga mula membeli kepentingan dalam syarikat syarikat strategik Malaysia, seperti Telekom Malaysia," kata ahli Umno itu dalam postingnya yang bertajuk "Kerjasama dengan Singapura dan mengadai kepentingan ekonomi, kawasan pembangunan dan ketenteraan?".

Untuk artikel sepenuhnya sila akses:

Monday, February 4, 2008

"Pecat Orang Yang Minta Saya Dipecat" Shahidan

MENTERI Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pihak yang telah mencadangkan beliau dipecat dari jawatannya sekarang patut dipecat dari parti itu.

"Orang yang mahu saya pergi telah mendapat laporan meluas dari media. Jika kita ikut peraturan parti, orang itu patut dipecat. Ada kes precedent di sini bila Zaharin Mohd Yassin (bekas Setiausaha Umno Bandar Tun Razak) mengkritik pemimpin Umno (Perdana Menteri), dia telah ditendang dari parti," kata Shahidan.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad telah mencadangkan agar Menteri Besar Perlis itu ditukar kerana menurutnya dia telah membawa perpecahan dalam Umno Perlis.

Kenyataan ini telah disiarkan oleh semua media termasuk Siasah sebelum ini. Siasah juga telah menyiarkan justifikasi tindakan Radzi itu di samping penjelasan Shahidan sendiri mengenainya. Siasahdaily.blogspot.com

Untuk berita sepenuhnya sila akses:

Saturday, February 2, 2008

Singapura Sedia Bekerjasama Dengan Malaysia - Kuan Yew

SINGAPURA, 1 Feb (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew berkata republik itu sedia untuk bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin Malaysia bagi membolehkan kedua-dua negara itu maju bersama.

Beliau berkata kedua-dua negara akan sama-sama mendapat keuntungan hasil hubungan erat dan kerjasama mereka itu walaupun dalam jangka panjang Malaysia akan memperoleh faedah yang lebih daripada negara jirannya itu.

Lee menyatakan perkara itu pada persidangan Institut Pengajian Dasar Singapura di sini, menurut rangkaian televisyen Asia yang berpusat di Singapura, Channel News Asia malam ini.

Sambil memberi contoh pelan pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Johor yang dilancar Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai satu langkah yang betul, Lee berkata Singapura akan melakukan apa yang boleh bagi menjadikan WPI berjaya.

Dengan cara itu, Lee berkata kedua-dua negara boleh mendapat nilai maksima hasil daripada kerjasama mereka.

Lee berkata Singapura mengalu-alukan cadangan kemungkinan mempunyai perkhidmatan rel laju antara Singapura dan Malaysia selepas cadangan pembinaan rel laju sebelum ini masih belum dilaksanakan.

Beliau berkata Singapura akan mendapat faedah yang sedikit kerana negara itu lebih terbuka kepada dunia luar.

Tetapi dalam jangka panjang, Malaysia akan menjana keuntungan lebih besar kerana ia mempunyai lebih ramai tenaga manusia, katanya.

-- BERNAMA
http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=311793

Friday, February 1, 2008

Rating Kecekapan Malaysia:
Kenapa Bohongi Rakyat Jelata?

Pada Isnin, 28 Januari 2008, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghebahkan ke seluruh negara bahawa rating “kecekapan kerajaan Malaysia semakin meningkat dan kini diletakkan sebagai yang keenam terbaik di dunia.”

Hakikat ini amat membanggakan. Rakyat jelata wajar ucapkan syabas kerana inilah buktinya Abdullah seorang Perdana Menteri Malaysia yang cekap dan efektif, bukannya lemah dan tidak berkesan.

PUTRAJAYA 28 Jan. – Kecekapan kerajaan Malaysia semakin meningkat dan kini diletakkan sebagai yang keenam terbaik di dunia, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri yang memetik laporan World Competitiveness Year Book yang dikeluarkan oleh IMD, sebuah institusi pengajian perniagaan terkemuka berpejabat di Switzerland, berkata, dari segi kecekapan Malaysia yang tergolong dalam kategori negara mempunyai lebih 20 juta penduduk mengatasi United Kingdom, Jerman, Thailand, Sepanyol, Jepun, Rusia dan Perancis.

‘‘Di atas kita ialah China, Kanada, Amerika Syarikat, India dan Taiwan.

‘‘Bukan kita hendak bohong rakyat kerana kalau bohong, tidak lamalah kerajaan yang sedia ada ini lingkup. Jadi, tak usah fikir pasal gagal... kita tiada pilihan melainkan berjaya, berjaya, berjaya,” katanya.

Untuk laporan sepenuhna, sila akses di sini: http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Sehari sesudah itu saya terbaca dalam KLPos kenyataan mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendakwa Abdullah “memutarbelitkan fakta mengenai tahap daya saing Malaysia” seperti di atas.

Untuk posting sepenuhnya, sila akses: http://kuda-kepang.blogspot.com/